MTE 2014
MALAYSIAN TECHNOLOGY EXPO 2014
Sebanyak lapan (8) produk inovasi
TATIUC telah menyertai pertandingan dan pameran inovasi anjuran MTE yang
berlangsung pada 20-22 Februari 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala
Lumpur. Pameran ini adalah merupakan salah satu daripada 3 pameran ciptaan
peringkat antrabangsa yang berlansung di Malaysia selain ITEX dan PECIPTA. Ini
merupakan kali pertama TATIUC menghantar peserta menyertai pertandingan
tersebut di mana struktur penjurian yang lebih terperinci dilakukan dalam
menilai produk yang dipertandingkan.
Daripada lapan (8) produk yang
dipertandingkan, TATIUC berjaya
merangkul tujuh (7) pingat kesemuanya yang terdiri dari dua(2) pingat
perak dan lima (5) pingat gangsa. Produk Replacement Material For Cold Cutting
Machine Dan RAS Guard-Smart Web Filtering Mini Appliance berjaya merangkul
pingat perak manakala pingat gangsa diperolehi melalui produk Agro Smart-Valve
Aupot Watering System (Asaws), Sintering Products For Treatment Different Industrial
Wastes, Intelligant Caddy Robot Using Autonomous Tracking System, Virtual
Reality As An Alternative For Preservation Images dan Portable Car Impact
Wrench. TATIUC juga telah merangkul tempat kedua bagi “ Best Booth Design Shell
Scheme Category“.
Penyertaan ke pameran ini amat
penting kerana ianya dapat mempromosi nama TATIUC disamping mempamerkan produk
inovasi yang dihasilkan dari usaha penyelidikan yang dijalankan di TATIUC.
No comments:
Post a Comment