Sunday 29 June 2014

ITEX 2014



INTERNATIONAL INVENTION, INNOVATION & TECHNOLOGY EXHIBITIONS (ITEX 2014)

Kesemua lapan produk inovasi TATIUC yang dipertandingkan telah memenangi anugerah iaitu dua (2) pingat emas dan enam (6) pingat perak. Dua produk yang memenangi pingat emas ialah Inorganic Coagulant For Cleaner Environment dan Eco Design : Corrugated Smart Chair Manakala pingat perak terdiri daripada Rasguard – Internet Filtering Mini Appliance , Student Notification System, Key Access Management System, Meter Based Public Electric Source, User Interchangeable Cover Button Mouse dan Agro Smart Valve.
Seramai lebih 20 orang pensyarah terlibat dalam menghasilkan produk inovasi ini yang terdiri dari pensyarah dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Automasi, Fakulti Teknolologi Kejuruteraan Pembuatan, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Fakulti Komputer, Media dan Pengurusan Teknologi.

Sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan kepada penyelidik yang telah memenangi pingat masing-masing.

MTE 2013



MTE 2014
MALAYSIAN TECHNOLOGY EXPO 2014
Sebanyak lapan (8) produk inovasi TATIUC telah menyertai pertandingan dan pameran inovasi anjuran MTE yang berlangsung pada 20-22 Februari 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur. Pameran ini adalah merupakan salah satu daripada 3 pameran ciptaan peringkat antrabangsa yang berlansung di Malaysia selain ITEX dan PECIPTA. Ini merupakan kali pertama TATIUC menghantar peserta menyertai pertandingan tersebut di mana struktur penjurian yang lebih terperinci dilakukan dalam menilai produk yang dipertandingkan.
Daripada lapan (8) produk yang dipertandingkan, TATIUC berjaya  merangkul tujuh (7) pingat kesemuanya yang terdiri dari dua(2) pingat perak dan lima (5) pingat gangsa. Produk Replacement Material For Cold Cutting Machine Dan RAS Guard-Smart Web Filtering Mini Appliance berjaya merangkul pingat perak manakala pingat gangsa diperolehi melalui produk Agro Smart-Valve Aupot Watering System (Asaws), Sintering Products For Treatment Different Industrial Wastes, Intelligant Caddy Robot Using Autonomous Tracking System, Virtual Reality As An Alternative For Preservation Images dan Portable Car Impact Wrench. TATIUC juga telah merangkul tempat kedua bagi “ Best Booth Design Shell Scheme Category“.
Penyertaan ke pameran ini amat penting kerana ianya dapat mempromosi nama TATIUC disamping mempamerkan produk inovasi yang dihasilkan dari usaha penyelidikan yang dijalankan di TATIUC.

Pencipta 2013

Event ini pertama kali aku sertai. pergi sebagai coordinator...Memang suprise tengok persiapan orang dan rasanya pasukan TATIUC kecik aje...Apa apa pun kita berjaya merangkul 2 Emas dan 3 gangsa...














Course Plan 1 DEND (DTD 1013)

Salam Kepada Semua Pelajar 1DEND

Tahniah

Selamat memulakan tugas anda di TATIUC sebagai Pelajar Berdaftar.

Diharapkan permulaan dengan memulakan puasa ramadhan akan membawa seribu rahmat dan ketaatan kepada ALLAH.

Disertakan Course Plan untuk Technical Drawing DTD 1013.

1) CP
2) CP cont

Sekian

A Joraimee M